Reviu : Zootopia
Menjadi sebuah cerita yang menjadi sebutan
orang biasa dan pengkritik filem, Zootopia adalah sebuah cerita yang sukar
disyarah kerana inilah yang biasa berlaku kepada cerita yang hampir menuju
kesempurnaan.
Terbaik dari sudut cerita, idea, falsafah,
watak, latar dan animasi. Kalau nak cerita satu-satu memang akan jadi satu
kertas kerja 50 muka menceritakan terperinci apa yang menarik dan terbaik pada
setiap elemen dan ditambah perbandingan beberapa cerita animasi terbaik disney
seperti Frozen dan Toy story.
Bagi peminat cerita disney, mereka akan
menyebut bagaimana Zootopia berubah menjadi sebuah cerita yang sungguh dinamik.
Bagaimana Zootopia membawa mesej yang besar dalam bentuk penceritaan Seekor Rabit
yang comel (Hopps)
Falsafah perkauman dan prejudis yang tinggi, Idea
sebuah bandar haiwan yang baik, Chemistry antara Hopps dan Wilde (musang), plot
yang tiada siapa akan menjangka, karakter hopps dan Wilde yang mewujudkan empati
dan dialog yang mengesani dan tepat.
Sejujurnya
akuingat kisah ini adalah kisah biasa Disney yang ingin membawa watak yang
berjuang berhabis-habisan dalam mengejar impian. Itulah dia Hopps. Tetapi
perlahan-perlahan dengan pace (kadar) yang cantik berubah menjadi sebuah tema
rasis antara prey dan predator (pemburu dan pemangsa) dalam masa yang sama
masih mengekalkan konflik Hopps mahu menjadi polis.
Adapun sebenarnya memang dari mula sudah menyebut
tentang isu rasis ini. Iaitu ketika Hopps mahu menjadi polis. Dia tidak
diterima kerana dia kecil dan hanya sekadar arnab. Bapanya juga tidak terlepas,
kerana menyuruh Hopps berhati-hati dengan musang walaupun mereka tidak lagi
hidup dalam zaman primitif.
Dan sebentar, aku nak cerita keterejuaan pasal jalan
cerita.
Hopps bertemu Wilde ketika dia sedang
menjalankan tugas sebagai polis trafik, rupanya dia ditipu, dan menggunakan
sebab itu untuk mengugut Wilde bekerjasama (menarik plot ini untuk menceritakan
bagaimana dia bertemu wilde)
Disitu dia bertemu kerbau busuk, membawa
kepada nombor plat kereta, membawa kepada Mr big; big boss beruang yang rupanya
dia pernah selamatkan anaknya dahulu (pun menarik)
Dan berterusan cerita ini kepada dia
hampir-hampir dilucutkan jawatan (kembali kepada konflik cita-citanya) namun
dengan berkat pertolongan Wilde dan penolong mayor (Bellwether), dia dapat selesaikan kes
tersebut.
Rupa-rupanya Bellwether itu yang
menyusun Hopps agar dapat menyelesaikan kes.
Jadi selepas dia tahu bahawa ada sebuah bunga
yang menjadi punca semua ini, dan rupa-rupanya ada kaitan dengan pencuri yang
dia pernah dulu masa jadi polis trafik (ok menarik), dan nak ugut tu dia guna
big boss beruang tu.
Part yang ‘rupa-rupanya’ ni bagi aku ianya seronok dan menguji bagaimana mereka susun cerita ini. Sengaja atau tidak sengaja ia tetap menarik dalam sebuah penceritaan.
Part yang ‘rupa-rupanya’ ni bagi aku ianya seronok dan menguji bagaimana mereka susun cerita ini. Sengaja atau tidak sengaja ia tetap menarik dalam sebuah penceritaan.
Selepas itu ada part menarik kejar mengejar
sedikit twist dari penolong mayor dan kisah tamat dengan jayanya. Hopps dapat
jadi polis, isu rasis selesai, persahabatan Hopps dan Wilde juga bahagia, dan
Wilde sendiri dapat jadi polis.
Kan, ada nilai yang persahabatan yang saya tak
ceritakan. Tetapi sempat dimasukkan dalam cerita ini.
Jadi, falsafah dia memang begitu teruja. Nasib
baik cerita ini dikartunkan, jika tidak entah bagaimana kesannya. Macam idea
inside out, entah bagaimana screenwriter ini buat kisah boleh jadi begini.
9/10
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!