Reviu : Surga Yang Tak Dirindukan 2, Asma Nadia
Sekali lagi
sebuah karya Asma Nadia yang tidak sempat aku membacanya lalu aku nonton sahaja
iaitu Surga yang dirindukan (SYD).
Kalini memang aku memohon maaf kerana tidak membacanya kerana sejujurnya filem ini memang sangatlah tidak bagus dari segi penceritaan. Aku hanya husnuzon (sangka baik) bahawa karya novelnya jauh lebih baik. Itu yang aku harapkan.

Apa yang tidak
puas hati?
Berbeza dengan Surga
yang tidak dirindukan (SYTD), SYTD menunjukkan sebuah jalan cerita, plot dan
konflik yang tersusun. Watak Pras, Arini, Meirose berkembang dengan baik serta
di akhirnya kita akan berasa kasihan dengan apa yang mereka hadapi. Adakah Pras
mampu selesaikan halnya yang berkahwin dua, Arini adakah dia mampu ikhlas, dan
Meirose adakah dia mampu bersabar menjadi isteri kedua.
Sedangkan SYD, watak tidak berkuasa lansung dalam menentukan cerita. Ya, memang kita tak harapkan Asma memberikan cerita setanding oscar namun ini terlampau tiba-tiba. Itu tiba-tiba dan ini tiba-tiba.

Aku sempat
memberi beberapa contoh;
TERserempak Mei
di masjid Budapest, TERjumpa Meirose di stesen kereta api, dia TERsakit, Nadia
TERdengar pasal kanker ibunya, Nadia TERlihat Mei dan doktor Syarief di atas
jambatan, Pras TERjumpa nadia di masjid Dar-Salam, Syarief TIBA-TIBA ada ketika
Meirose konfes pada ustaz, dan Syarief TIBA-TIBA datang ke rumah ketika Arini
meluahkan perasaan pada Meirose.
Semuanya tiba-tiba dan tak sengaja dan berlaku di luar kawalan watak. Malah ini menjadikan cerita ini mudah. Masukkan sahaja ter- dan tiba-tiba maka jadilah cerita tanpa susunan plot yang baik. Sekali lagi, memang dibenarkan memasukkan elemen tiba-tiba dalam cerita tetapi terlalu kerap, maka akan terjadi sebuah cerita yang tidak masak dan tidak seronok. Watak tidak menjadi kuat kerana bukan hasil usaha dia. Hasil benda lain dan dia perlu mengikut sahaja.

Nora Danish. Ya
kau memang tak perlu. Merosakkan dengan lakonan kayu dan hanya menambah perasa.
Dan cerita ini
menjadi sebuah kisah cinta sinetron yang tidak jelas mesej dakwahnya. Entah,
macam tiada mesej. Semua orang boleh bercinta seperti biasa dan berpegangan
tangan.
Mungkin ini
bahana sequel, atau bahana novel yang dilakonkan atau bahana tidak membaca
novelnya dahulu. Haha
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!