Penarikan Pengharaman Memakai Tudung di Turki dan Kaitan Mesir


Rupanya Zaman Attaturk hancur sudah! 


Copy paste dari status facebook saya.

Saya belajar sesuatu dalam isu penarikan pengharaman tudung di turki. 

Siapa sangka dahulu ketika attaturk memerintah pada 1923, habis ditukarnya Turki menjadi sebuah negara sekular. Tiada azan, tiada tudung, tiada arab. 

Seolah tiada harapan dalam kebangkitan islam. 

Namun sinarnya kembali ada pada 2002 dengan AKP, dan Erdogan menjadi perdana menteri pada 2003. 

Dan pengharaman tudung ditarik sepuluh tahun kemudian. 90 tahun sejak Attaturk dahulu.

90 tahun!!!

Kaitannya?

Jika ada yang sudah putus harapan tentang apa yang terjadi di Mesir sekarang ini, dengan semua pimpinan ikhwan ditangkap, ramai yang terbunuh, maka saya syorkan anda kembali teguh. 

Sebenarnya kebangkitan Turki adalah satu contoh daripada banyak contoh sejarah kebangkitan islam. Bagi mereka yang memahami sejarah, dia akan faham selok belok jatuh bangun sebuah kebangkitan. Dia akan jelas bahagian ini, dan bahagian itu adalah proses untuk mencapa puncak.

Jadi mengalah di kala ini adalah pelik.

Mungkin ikhwan kembali memenangi pilihan raya selepas 20-30 tahun. Siapa tahu?

Ini jalan nafas panjang. Rilek je turki bangkit selepas 90 tahun. :)

Comments

Popular Posts