Reviu: The Arrival . Siapa komunikasi siapa.
![]() |
Cerita ini tentang Dr. Louise dan Manusia. Alien jadi sebab saja. |
Secara mudah, ianya adalah sebuah cerita mengenai seorang pakar Bahasa yang cuba mengorek rahsia mengapa alien datang ke bumi. Ya, ia mengenai dia, seorang pakar bahasa. Kerana cerita ini menumpu pada dia, Dr. Louise, apa yang dia buat ketika itu, keputusannya, dan kaitan dengan masa hadapan.
Bagi saya ia
adalah cerita yang biasa. Perkara yang membuatkan cerita ini menarik adalah
subjek cerita ini iaitu alien yang datang adalah baik. Cara untuk faham mereka
dengan bahasa. Dan cara untuk mengatasi semua masalah ini adalah dengan
penyatuan semua orang dan negara. Tambah sedikit dengan konflik dalaman Louise
berkait dengan anak dan keluarga. Campur semua ini dan jadilah The Arrival.
Selain itu, The
Arrival tampil dengan cerita Alien yang matang. Tak banyak cerita makhluk asing
yang saya tonton, tetapi saya kira banyak menampilkan makhluk asing sebagai
penakluk bumi. Di The Arrival, tiada penaklukan, tiada aksi luar kawalan
seperti bom letupan, grafiti melampau atau tipikal kisah makhluk asing. Yang
ada hanyalah makhluk asing yang malah mahu membantu manusia.
Malah, Ia
melibatkan semua, bukan Amerika saja yang terlibat. Dan semua bertindak dengan
kajian masing-masing yang bukan amerika sahaja yang tahu.
Sedikit nota
kepada saya,
The Arrival
menampilkan 2 konflik yang akhirnya bertemu dan membantu menyelesaikan konflik.
Konflik pertama seperti semua sedia maklum adalah konflik-misi memahami tujuan
Alien datang ke bumi. Konflik kedua adalah hidup Louise yang mengalami masa
silam (atau masa depan) yang dia mesti hadapai.
Konflik dalaman
adalah aspek penting dalam penceritaan. Ia adalah elemen yang hampir mesti
diletakkan kepada protagonis dalam novel atau filem. Jadi biasanya kita bersama
protgonis menyelesaikan dua konflik
iaitu luaran dan dalaman.
Pada mulanya,
saya rasa konflik dalaman arrival sangat tipikal. Teringat anak, masalah keluarga
berpunca penceraian dan cinta. Ini sangat biasa dan anda boleh lihat sendiri
dalam insterstellar. Namun rupanya setelah kita tahu anak yang memasuki mimpi
itu adalah bayangan masa depan pada act ke-3, serta itu adalah petunjuk bahawa
apa yang berlaku tidak linear, bermaksud scene bercampur antara masa silam,
sekarang, dan masa depan, disitu persepsi saya berubah.
Ia bukan konflik
dalaman yang bosan, malah itulah yang membantu dia memahami alien ini.
Dan ketika itu
kita faham, ini bukan kisah alien, ini adalah kisah Dr. Louise.
Namun sekali
lagi, saya memuji subjek penyatuan manusia sejagat dan bagaimana bahasa dan
komunikasi bertindak. Saya nampak, alien yang datang hanya mahu menguji
bagaimana manusia bertindak dalam situasi ini. Dan ya sekali lagi, manusia
begitu teruk bertindak hasil komunikasi yang salah.
Saya teringat
ketika Tim USA memutuskan hubungan dengan semua, dan ketika itu solusi yang ada
hanyalah memahami alien untuk memahamkan orang lain. Mungkin itu kemuncak
problem komunikasi ini.
Bahasa-perpaduan-komunikasi-jalan
cerita tidak linear dalam latar alien.
Itu lah The
Arrival.
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!