Reviu : Pekak
![]() |
Pekak lebih mendengar |
Ya. Ini ada reviu cerita pekak!
Ia adalah sebuah
cerita kontroversi pada tahun 2016. Banyak pihak memaki cerita ini kerana
membuka peluang kepada anak muda untuk belajar kelucahan bandar. Ada seorang
meluahkan sendiri apabila di wayang, sekumpulan remaja lelaki tergelak-gelak
menonton cerita pekak. Selamba
Memang, pakaian
dara dan melur memang berani dan menjolok mata. Boleh jadi disebabkan watak
melur yang terlebih jadi atau adegan seks dan lucah yang dibuka luas dalam
cerita ini. Tanpa menafikan, memang tepat tindakan Malaysia mengharamkan pekak
di wayang. Pertimbangannya antara manfaat (rakyat Malaysia akan terbuka mata)
dan masalah (menambah kuning dalam kepala budak-budak yang tidak matang). Dalam
isu pekak, ya masalah harus dipandang serius berbanding manfaat yang ada.
Bahaya untuk budak-budak.
Aku sebenarnya tak
rancang untuk menonton pekak. Ada niat tetapi bukan sekarang kerana takut
terperangkap dengan 'judge' media sosial. Takut aku tonton dengan tidak
adil.
Dan biasanya kalau
tengok movie, aku tak semangat sangat nak reviu. Cuma ada beberapa perkara yang
aku dapat daripada pekak dan aku rasa adil untuk aku kongsikan beberapa yang
aku ingat:
1.
Plot. Aku suka 20 minit awal. Memang kemas pengenalan watak
uda, dara, latar masyarakat, dan intro konflik. Tema cinta uda-dara tiada lagi
ketika ini. Watak uda dipersembahkan dengan babak di rel kereta api, bilik dia
yang super introvert, semangat mahu sembuh, throwback ketika kecil di
hujan, dan perjumpaan awal dengan dara. Dara, melur dan latar hidup mereka juga
baik, Semuanya show don’t tell yang disusun rapi, Aku puji betul 20
minit yang awal ni!
Yang aku tak
suka adalah pertengahan cerita pekak tidak seindah di awal. Ketika di pertengahan,
cerita menjadi terus dan laju. Kantoi dengan dara dia mengedar dadah laju. Klimaks
dara hilang dara juga laju. Semuanya terburu-buru nak tunjuk yang uda yang jual
dadah ni salah.
2. Pekak muncul dengan
tema yang ironi. Inter-tema mengedar dadah untuk dapatkan duit untuk selesaikan
pekak. Aku suka tema ini sebelum tema cinta muncul. Uda tidak tahu, dadah yang
dijual itu punca segalanya. Punca rosaknya cinta dia dan malah di akhir babak
rel kereta api, pendengarannya juga tidak sembuh hasil duit haram jual dadah. Dara pula hadir
ketika uda diubah tempat jual, dan mendapat pelanggan tetap. Teman wanita
pelanggan tetap ini kawan kepada dara. Dari situ muncul cinta uda-dara yang
seolahnya uda memahami dara (tapi tak dipersembah dengan baik.)
3. Masalah yang lain
seperti watak Kamil yang tak best sangat serta latar yang sama. Seolah cerita
ni di banglo kamil dan flat sahaja.
4. Ayah dara tidak patut
dipersalahkan dalam hal ini (babak nota di hospital). Dan falsafah dalam nota tu, patut dipertengahkan lagi.
Dara nak abah dengar Dara,
Uda yang pekak pun boleh dengar,
Kenapa abah tak nak dengar!
5. Penutup yang baik yang
juga menjadi moral cerita ini yang rupanya penyebab utama adalah uda dan dadah.
Aku rasa cerita ni boleh diterima kalau tak menonjolkan si melur
tu meski dia berhak mendapat pujian hasil lakonannya yang berkesan (Syarifah
Sakinah). Aku rasa cerita ni boleh jadi lagi menarik kalau diperhalusi lagi
tengah atau perkembangan. Seolah pengarah mendapat idea awal dan akhir sahaja. Pertengahan
yang menggabungkan dua, awal dan akhir dibiar tidak diperhalusi.
Maka, sekian. Nanti aku tambah lagi bila aku ulang tonton. Macam
hebat sangat je kritik cerita orang. Pekak pergi Cannes, kau ada? haha
Menarik review tuan, boleh share review DANGAL tak?
ReplyDeleteBagaimana tuan boleh menemui blog ni. Adui. Cerita tu tak tau. Pasal apa?
Delete