Sembang : Rugi Pula
Ah, terasa
rugi pula
Semuanya
gara-gara Hikmat yang menunjukkan sebuah gambar cantik di twitter-nya. Katanya,
itu full-blood-moon, dan katanya lagi ini yang terakhir dalam tempoh ini. Bulan
berdarah penuh yang seterusnya akan tiba pada tahun 2033.
“habis, umur
berapa kita bakal melihat bulan berdarah cantik ini lagi?”
“dah nak
dekat 40 nanti mungkin. Kalau umur panjang dan kalau kau masih bernafsu dengan
benda-benda lawa begini…”
“40! Mata pun
entah nampak entah tidak!”
Hikmat
meneruskan perbualan dengan Aqil tentang bulan berdarah dan bagaimana untuk
dapatkan hasil gambar secantik gambar dalam twitter yang ditunjukkan Hikmat
sebentar tadi. Saya anggukkan sahaja. Bukan tidak faham, tetapi duit tidak ada.
Iyalah, DSLR, canon dan lens adalah topik ribuan ringgit.
Tetapi memang
betul, terasa rugi nian dengan bulan penuh berdarah semalam. Semalam saya
sempat mengerling sahaja pada bulan penuh. Cantiknya luar biasa, bercahaya
penuh dan sedikit besar berbanding bulan penuh pada setiap bulan yang lain.
Teruja, tetapi terus masuk rumah dan baring tanpa mengambil gambar atau
menghayati dengan lebih.
“Terkilan
kan. Momen begini datang tidak selalu. Kalau datang, kita buat tidak tahu”
“Nasib kita
sempat solat subuh dan isya berjemaah di masjid. Peluang yang Allah beri masa
usia muda ini juga bukan selalu. Banding bulan, momen ini lebih penting.” Himat
santai respon sentap.
Aku sentap dalam senyap. bulan yang aku lihat cerah, bulat dan cantik itu memang atas masjid, dan memang ketika aku menuju ke masjid untuk solat isya.
Aku sentap dalam senyap. bulan yang aku lihat cerah, bulat dan cantik itu memang atas masjid, dan memang ketika aku menuju ke masjid untuk solat isya.
Usia muda
adalah momen paling penting, paling bersejarah dan paling cantik, lebih cantik
daripada bulan penuh berdarah dalam twitter Hikmat
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!