Macam binatang
“Macam
binatang, layak dipanggil binatang, di belakangn ada baying=baying lampu kecil
yang nipis, Di belakang lima orang ini ada bayang-bayang tersendiri. Dibelakngi
kisah lampau dahulu, dengan biir sendiri bercerita tentang dahulu. Walau ada
yang demam, sibuk berprogram dan sibuk dengan hal masing-masing, saya yakin
semua dilupakan demi malam yang kejutan ini, di hadapan lampu kertas yang
ala-ala ikea.
Seorang
menangis! Seorang lagi menyesal dan seorang lagi gayanya seperti tidak tahu
mana hujung mana pangkal ceritanya yang banyak itu. Menariknya, semua saya
salah anggap. Benarlah yang zahir itu bukanlah yang hak, kecuali dicampur
sendiri dengan batinnya dan dalamnya yang buat masa ini hanya dia seorang yang
tahu selain Tuhan.
Saya benci music
iringan thousang years, ya benar mas’ul mahu menimbulkan suasana. Tetapi tidak
masuk dengan kisah kawan-kawan yang benci pada dirinya yang dahulu sebelum
bertemu dirinya yang sekarang.
“Jadi awak
boleh bayang yang awak akan keluar dari jalan ini?”
Tadi sudah
dihentak apabila disuruh mengenang kisah silam. Kini diajak pula menjadi
pesimis dalam hari mendatang. Sesi muhasabah paling agung setakat ini.
Jawapan saya
4/10, hampir ikhlas dan sama seperti kawan saya. Yang lain ada jawapan sendiri.
Ada jawapan yang entah ikhlas, entah jujur atau entah tepat dengan dirinya.
Bau gambari
dan sotong naik perlahan-lahan. Baki makan tadi menjalar masuk ke hidung kami
namun sudah dinormalisasikan, Cuma hati yang tidak mahu dinormalisasikan degan
suasana sentimental. Saya biar diri kalah, biarlah hari ini kita layan
sentimental. Tepatlah, unsur perasan juga sebahagian dari wasilah. Umar juga
diajar menangis dan bukan sentiasa dipedangkan.
“Macam
binatang siapa yang masuk atas jalan ini dan keluar. Layak dipanggil binatang!”
Sambil menangis
dia berkata. Kata-kata saya sumpah demi Allah, itulah yang paling ikhlas dalam
bulatan kami mala mini.
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!