SKETOT : Bukan kita yang beli
*SKETOT : Sketsa Kontot
“Ana dah
kata, habiskan semua barang makanan yang dibawa dari Malaysia. Habis tarikh
luput nanti kalau biar tak habiskan”
kata Najmi kepada kami, ahli serumahnya.
Kami
memandang sesama kami sambil memerhatikan Najmi menuang milo untuk dibancuh.
Banyak juga yang dituang memandangkan hasratnya untuk membuat ‘milo tabur’.
Kami membiarkan sahaja kerana kami juga yang akan minum nanti.
“Pal, rumah
lama anta dulu banyak benda tak habis kan? Ana ada masa antum selongkar kotak
barang makanan. Banyak yang tak habis”
Pal adalah
saya dan saya hanya mengangguk.
“Kenapa tak
beli banyak milo masa balik sini. Bukan selalu balik Malaysia” kata Aqil
“Mahal
syekh, tak larat nak bawak banyak-banyak. Mana nak korek duit?” jawab Qatadah
yang terasa kerana dia yang baru pulang dari Malaysia.
“Tau, tapi
bawak je lah.. tapi…” semua memandang Aqil sambil menghirup milo tabur yang
siap dibuat oleh Najmi. “betul lah. milo memang mahal”
Sebab bukan
semua orang rasa milo memang mahal. Lagi-lagi anak yang tidak biasa melihat
tanda harga. Tahu angkut plastik hijau yang paling berat bertulis milo dan
masuk ke dalam troli. Para ibu sahaja yang tahu harga milo berapa.
“Sebab bukan
kita yang beli” sambung Aqil.
Saya mengulang
sambil tersengih panjang. “Bukan kita yang beli”
Yang lain sudah beralih ke topik lain dari topik milo yang mahal ke topik harga milo di pasaran. Memang mahal harga milo di kedai mamak walaupun kita tahu mamak
hanya banyak tambah gula banding milo. Milo tabur tambah lagi 50sen. Tambah
merana bagi yang menetap di Selangor, kuala Lumpur, dan paling malang tentu
sekali saya yang menetap di Putrajaya.
Saya masih
di topik ibu dan milo. Terkenang saat menjatuhkan milo, bancuh milo ais
menggunakan separuh paket milo dan minta ibu mahu lebih milo tanpa kita tahu
harga sepaket milo itu berapa.
Kalau tahu
mahal, tidak akan aku minum milo sebanyak itu. Banyak hutang pada ibu.
Selamat hari
ibu.
Comments
Post a Comment
Jemput kritik!