Certot : Semangat Neslo Ais
Neslo ais yang berada di atas meja menarik pandangan semua. Semua
memandang gelas itu ketika pelayan meletakkan di atas meja. Dengan lelehan air
di dinding gelas ditambah dengan bunyi ais yang dikocak tuannya, Atef, pasti mengundang selera. Saya yang duduk di
sebelah Atef juga teringin meneguk neslo ais kepunyaannya. Tapi apakan daya,
Atef baru datang. Segan pula ingin memintanya.
“Kak, beri saya lagi satu. Kalau boleh yang sejuk dan pekat begini,
neslo ais” minta Ustaz Kamarul kepada pelayan. Ustaz Kamarul senyum kambing
kerana mungkin dia berasa salah menyusahkan pelayan itu menghantar neslo dua
kali.
“Baik, kita sambung perbincangan kita. Oh, apa soalan kamu tadi?” tanya Ustaz Kamarul kepada Sulem.
Sulem senyap. Dahinya berkerut mengingat kembali apa soalannya
tadi.
“Dia lupa sebab nampak neslo ustaz..haha” Syed di hujung meja
mengusik Sulem. Pecah tawa kami melihat Sulem yang masih lagi cuba mengingat
apa soalannya.
“Seingat saya soalan Sulem begini, kenapa kita perlu ambil tahu
tentang isu mesir ini sedangkan mereka jauh. Kalau dekat dan hampir dengan kita
mungkin boleh terima lagi…” Saya bersuara cuba membantu Sulem.
Berdehem sedikit Ustaz Kamarul “Bagus soalan kamu Sulem dan terima
kasih kepada Hatem kerana ingat soalan”. Ditelan air liur dan menyambung, “Seperti
yang Ustaz beritahu kamu di permulaan tadi, kita perlu ambil tahu dan kasihan dengan
mereka kerana mereka adalah saudara kita. Mereka itu ibarat ibu dan adik kamu
sendiri… “
Ketika memusingkan komputer ribanya untuk dihadapkan kepada kami,
beliau menyambung “Lihat,ada video ustaz nak tunjuk kepada kamu. Ambillah
iktibar dari video ini dan rasai penderitaan mereka”
Dengan dum dam bunyi daripada video serta selingan takbir memang
membangkitkan semangat. Tembak sana sini, percikan darah. Walaupun memang tidak
faham tapi tetap geram. Paling geram apabila kelihatan budak-budak kecil
ditembak. Tidak kurang video penembak tepat menembak para pendemo hingga pecah
kepala.
Sambil menghentak-hentak meja, Ustaz Kamarul memberikan pandangan, “kamu
tengok betapa kejamnya jeneral Fatah As-Sisi. Tidak kira siapa, dibantainya.
Tidak marahkah kita? Tidak geramkah kita?”
Kami mengangguk-angguk. Benar, kita kena geram dan marah kepada
Jeneral As-Sisi.
“jadi, yang masalah konspirasi-konspirasi yang orang biasa cakap tu
apa ustaz?” Atef bertanya sebelum menyedut air neslo
Ustaz Kamarul menggeleng. “kamu tak perlu tahu tentang hal yang
rumit seperti itu. Cukuplah kamu tahu zalimnya mereka dan betapa
sewenang-wenangnya mereka membantai umat islam!”
“Orang kata itu yang penting ustaz, kena faham isu ini bukan masalah
demonstrasi biasa, tetapi ini adalah konspirasi daripada Amerika” Atef
menyambung dengan yakinnya.
“Tidak perlu kamu faham hingga ke tahap itu. Kamu semua masih di
bangku menengah. Budak sekolah lagi, yang penting kita perlu tahu bahawa Sisi
telah melakukan kezaliman dan kita perlu marah kepada mereka” sambil mengetuk
meja makan sekali lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi.
PRAANNNG!
Semua terkebil-kebil memandang gelas yang pecah
bersama neslo yang pekat di lantai. Dalam sepi kejutan itu, yang kedengaran
hanyalah bunyi takbir yang daripada video yang dibuka ustaz sejak tadi. Tidak sangka ketika
ustaz mengetuk meja, ketika itu juga pelayan meletakkan neslo ais di atas meja.
"Mohon maaf kak, tidak perasan pula yang kakak sedang menghantar neslo. Saya sedang semangat bercerita tentang isu Mesir pada budak-budak ni" Kata Ustaz Kamarul. Sebenarnya memang semua orang perasan kakak pelayan itu sedang menghampiri. Tidak sangka pula Ustaz Kamarul tidak perasan.
"Mohon maaf kak, tidak perasan pula yang kakak sedang menghantar neslo. Saya sedang semangat bercerita tentang isu Mesir pada budak-budak ni" Kata Ustaz Kamarul. Sebenarnya memang semua orang perasan kakak pelayan itu sedang menghampiri. Tidak sangka pula Ustaz Kamarul tidak perasan.
Saya mengharapkan katanya akan berakhir dengan “janganlah jadi
seperti saya, semangat sahaja yang lebih. Lihat, habis gelas pecah dan saya
tidak dapat minum neslo saya yang sedap ini”
Rupanya,
“Ah, beginilah rupanya askar As-Sisi. Memang seperti gelas yang pecah. Hanya kerosakan yang berlaku!!!”
Saya tepuk dahi sahaja.
p/s : faham ke pengajarannya?
“Ah, beginilah rupanya askar As-Sisi. Memang seperti gelas yang pecah. Hanya kerosakan yang berlaku!!!”
Saya tepuk dahi sahaja.
p/s : faham ke pengajarannya?
terbaek pal. tumpang bangga sebagai ahli beit
ReplyDeleteenta banyak membantu najid. Nanti watak enta ana akan masukkan .
Delete